A Love Letter
Ujian setiap orang berbeza. Ada yang Allah uji dengan kehilangan ibu bapa. Ada pula yang ada ibu bapa tapi diuji dengan masalah keluarga. Ada yang keluarga ok, tapi Allah uji dengan kewangan. Ada yang hubungan kekeluargaan dan kewangan ok, tapi dia diuji dengan kesihatan. Dan ada juga yang segalanya ok, tp dia diuji dengan masalah kawan, masalah pelajaran, cinta, emosi dan sebagainya.
Satu hal yang pasti, semua orang diuji. Continuously.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah ditanya:
"Wahai imam, bilakah waktu istirahat itu?"
Kata beliau:
"Pada saat engkau pertama kali menginjakkan kakimu di dalam Syurga."
"Pada saat engkau pertama kali menginjakkan kakimu di dalam Syurga."
Once, aku pernah diuji dengan sakit yg teruk. I had to give up a lot of things. Dan masa tu nak dekat exam, dgn project yg banyak lagi. Aku rasa down n lemah semangat. Aku mengadu kat seorang kwn. Dan dia balas:
لو كانت الدنيا سهلة ، لما كان الصبر احد ابواب الجنة ؟
Kalau hidup di dunia ini mudah, kenapa sabar dijadikan salah satu pintu syurga?
Dush. Sebaris kata tp membawa makna yang dalam. Kerana syurga itu sangat besar nilainya!
Jatuh terduduk itu normal. Kita tak selamanya dapat jadi awan yg menaungi, kerana awan pun ada masanya jatuh menjadi hujan. During that time, you don’t need words if the hurt is too much. Speak silently to Him from your heart.
Kerana Yang menciptakan hati kamu juga Yang berupaya menyembuhkannya.
It's really okay to feel sad. Sometimes, we lose all of our strength. We feel doomed. Rasa berat tak berdaya seakan dihempuk gajah. When I had lost a lot of opportunities and carry marks due to my sickness, I was filled with a lot of questions. And I was lost at the bottom of my life. So, what did I do?
I joined a charity program called Feed the Homeless. Di lorong gelap berbau busuk itu, beberapa kanak-kanak berlari riang. Di atas hamparan surat khabar, beberapa kanak-kanak riuh bermain dam. Gelak tawa memecah kegelapan malam.
Aku terkedu. Mereka tiada rumah, aku ada. Sekolah? Jauh sekali. Entah apa yang mereka makan setiap hari. Pakaian pun ada yang tidak berganti. Aku memiliki macam2 yang tidak mereka punya. Tapi mereka bahagia. Mereka mengajar aku bahawa bahagia itu hadir bila hati kita terima keadaan diri seadanya.
Ternyata bahagia itu sederhana dan boleh dimiliki semua.
Kadang kita terlepas banyak hal. Sesekali berhenti lah. Duduk dan pandang sekeliling. Perhatikan betapa apa yang tidak pun kita susah payah meminta seperti keluarga, rumah, harta, pelajaran, makanan yang enak hanyalah sebuah mimpi indah bagi sesetengah orang. Ramai yang ingin berada di tempat kita, sedangkan kita mengeluh dan merungut-rungut.
Buatlah perjalanan dan jadilah solusi untuk mereka yang tidak memiliki apa yang kita punya. Dengan bersedekah. Dengan menghulurkan bantuan. Kita akan lebih bahagia. Kalau bukan dengan harta, boleh juga dengan masa dan juga tenaga.
Atau mungkin kata-kata.
Okay, jom buat sistem barter. Kita berkongsi kekuatan. Mana tahu, this simple act of kindness sangat berharga bagi yang membacanya.
A love letter to others. Walau sebaris ayat
I've done my part. Now, it's your turn. But I'm not forcing you.
Kongsikan kata-kata semangat, motivasi atau apa sahaja yang dapat menjadikan hari seseorang lebih baik di bahagian komen.
Let's get stronger. Together :)
"Kita tidak pernah tahu apa yang terjadi di depan sana, di jalan hidup yang kita lalui saat ini. Kita diminta untuk hati-hati, akan ada liku-liku, akan banyak persimpangan, akan ada naik turunnya. Dan itu semua akan membuat skill kita dalam mengemudi menjadi lebih ahli (mahir). Selamat menjalani hidup. Hati-hati."
-Kurniawan Gunadi



"No test is designed to create failure.
ReplyDeleteFailure just is an option that has to exist for the test to be a challenge.
And challenge makes man."
-Quoted-
Hidup mewah, hidup santai hanya di akhirat, dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat💙
ReplyDelete