Cerpen: End of Time— Part III
Part
III
“Pak
Man, tunggu sekejap ya.” Lelaki yang dipanggil Pak Man itu hanya mengangguk
mendengar kata-kata Shaf. Shaf melangkah keluar dari kereta. Syuk menyusul.
“Betul
ke ni, Shaf?” Syuk sukar untuk percaya.
“Ni
lah alamat yang aku dapat dari sekolah.” Shaf bersuara perlahan. Dia pun susah
untuk percaya. Di hadapan mereka, berderet 4 buah rumah yang tidak berpagar.
Taklah terlampau kecil, tapi rumah di hadapan mereka ini amat sederhana. Rumah
orang kebanyakan.
“Kakak!!!”
Pintu rumah yang paling hujung terbuka. Keluar seorang kanak-kanak lelaki
berbaju superman dengan leher yang agak menggelebeh.
“Eh,
Irfan.” Gadis yang sedari tadi mencangkung menghadap pokok bunga menoleh dengan
senyuman. “Shaf..”
Senyuman di bibir itu mati tatkala matanya menangkap kelibat dua tetamu tak
diundang itu. “Syuk…”
“Pa’in…”
Shaf berkata lirih. Matanya terasa hangat.
“Pa’in,
kenapa kau tak pernah cerita kat kitorang?” Syuk bersuara kecewa. Dalam masa
yang sama, dia rasa tertipu. Selama ini, Pa’in selalu bercerita yang dia
tinggal di banglo besar dengan keluarganya. Pa’in siap pernah tunjuk gambar
lagi yang rumahnya tak kalah besarnya dengan rumah Syuk. Dan setiap kali cuti,
ibu bapa Pa’in akan bawa Pa’in dan adik-beradiknya melancong.
Tangan
Shaf yang menggenggam plastik berisi Chocolate Fudge menggigil. Niatnya untuk membuat surprise dibalas surprise yang lebih besar. Selama ini, dia rasa dialah
yang paling rapat dengan Pa’in. Tapi ternyata, dia tak tahu apa-apa pun tentang
gadis itu.
“Cerita
apa? Cerita yang aku hari-hari makan kembung goreng bila korang cerita korang
makan kat Steak House?” Pa’in menelan air liu. Pahit.
“Pa’in…”
“Sorry…”
Mata Pa’in mula berkaca. “Aku cuma tak nak rasa left out. Aku tak nak rasa lain
daripada korang.” Suara Pa’in semakin perlahan.
“Pa’in..”
Shaf menahan air mata daripada jatuh. “Kau tak perlu jadi orang lain untuk
kawan dengan aku dan Syuk.” Dia menarik nafas dalam. “Kau fikir apa sebab
kitorang kawan dengan kau?” Suara Shaf bergetar. Dia rasa dia kawan yang paling
tak berguna bila kawan baik sendiri tipu hanya untuk rasa masuk dengannya.
“Kau
tak faham, Shaf.” Pa’in menundukkan kepala. “Kita tak setaraf… I feel I don’t belong
there.”
“Sejak
bila kita kena jadi setaraf untuk jadi kawan, Pa’in?” Syuk mencelah. Jelas
suaranya berbaur kecewa.
“Kenapa
kau tak jawab kitorang call?” Suara Shaf timbul tenggelam dengan esak tertahan.
“Aku
dah tak boleh jadi kawan korang…”
“Kenapa?”
Suara Syuk meninggi.
“Because
it hurts me! Berkawan dengan kau dan Syuk menyakitkan aku. Sakit bila rasa
hidup aku tak seberuntung korang!” Air mata Pa’in jatuh. Dia teringat betapa
dia kena bekerja keras ketika cuti sekolah supaya dapat keluar bersama Syuk dan
Shaf nanti. Taste mereka bukan calang-calang. Dia hanya menahan perasaan
melihat Syuk dan Shaf sakan berbelanja. Nak apa-apa, boleh terus beli tanpa
berfikir dua kali. Dia nak beli satu novel pun kena ikat perut dua tiga hari.
“Bukan
salah korang. Aku yang susah nak rasa bersyukur tu.” Pa’in menelan air liur. Air
mata yang jatuh dari tubir mata diseka. “Aku susah nak rasa bersyukur bila
dengan korang.”
“Pa’in…”
Wajah Shaf dah basah dengan air mata. “Aku dan Syuk minta maaf. Kitorang tak
tahu.” Shaf mendekat. “Sorry for making your life harder.” Shaf mengemam bibir,
menahan air mata dari semakin deras.
“We
can fix it, Pa’in. “ Syuk menyentuh bahu Pa’in. Sungguh, dia hilang bicara.
Pa’in
tersenyum pahit. “Sokay. Aku dah pilih untuk keluar dari life korang.” Air mata
di pipi disapu dengan belakang tapak tangan. “Tempat aku bukan dalam tu. I feel
suffocated. Aku nak jadi kawan korang, tapi…” Air mata jatuh lagi. “Sorry,
Shaf, Syuk.”
Air
mata Shaf semakin laju. “Pa’in, jangan cakap macam tu…” Dia menggeleng-geleng. Ayat
Pa’in menikam dadanya. Sakit.
“Baliklah…”
Pa’in menolak lembut tangan Syuk di bahunya. “Dan jangan contact aku lagi.”
Tanpa memandang muka Shaf dan Syuk, dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Shaf,
Syuk..Aku minta maaf. Aku penat…
**********
“Ada
apa?” Rendah datar Pa’in bersuara.
“Aku
nak cakap something.” Syuk menyebut lambat-lambat. Nak tak nak, ada hal yang
perlu dia settle.
Pa’in
masih tak berganjak. Mata masih fokus pada skrin Toshibanya walau fikiran
entah sudah terbang ke mana. Abang Izz di depan hanya menjadi pemerhati tak
berbayar.
“Pa’in,
please…” Suara Syuk separa merayu. “Arwah Shaf ada tinggalkan something untuk
kau.” Arwah Shaf. Terasa mulutnya berpasir ketika menyebut dua perkataan itu.
“Shaf?”
Mata bundar Pa’in berpindah dari skrin ke sepasang mata Syuk. Syuk angguk.
***********
“Weyhh…”
Shaf bersuara perlahan. Syuk dan Pa’in di sebelah serentak memandang ke arah
Shaf.
Mereka
bertiga sedang lepak di tasik depan rumah Shaf. Syuk dari tadi duk dengar lagu
di ipodnya. Pain pula tengah baca To Kill A Mockingbird untuk kali yang ke
berapa puluh entah.
“Korang
sayang aku tak?” Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulutnya. Syuk angkat kening
sebelah.
“Senget.”
Pa’in tolak bahu Shaf. Shaf ketawa.
“Sayang
as kawan lah, pandai!” Mengarut betul minah sorang ni.
Syuk
sengih. “Mestilah sayang….” Sengaja dipanjangkan part ‘yang’. Pa’in hanya
mengangguk.
“Kalau
aku jatuh, korang terjun sekali tak?”
“Apa
kes terjun sekali?” Syuk menjuih bibir. “Aku amik kren tarik kau naiklah.”
“Kalau
yang jatuh tu Pa’in?”
“Apa
punya soalan ni? Aku buat benda samalah.” Syuk merengus. Bukan Shaflah kalau
tak suka tanya soalan luar alam. Banyak sangat baca buku falsafah minah sorang
ni.
“Uhibbukuma
fillah.” Shaf bersuara separuh berbisik. Serentak kepala Syuk dan Pa’in
berpaling ke arah Shaf.
“Huh?”
“Aku
sayang korang kerana Allah.” Shaf tarik senyum segaris.
Syuk mendongak ke atas, menahan air mata yang bertakung dari jatuh ke bawah. Espresso romance di dalam cawan terus dikacau. Seketika, tangannya beralih pada cawan yang bersisi chocolate latte di sebelah. Aroma kopi memenuhi bilik itu.
“Sedap?”
Syuk memandang Shaf yang baru selesai menyedut minumannya.
“Sedap
lagi kau buat la..” Shaf menyedut lagi airnya.
“Cuba
bagitau benda yang aku tak tahu.” Syuk
menayang muka bajetnya.
“Poyonya.
Aku tarik balik la.” Shaf buat gaya meluat. Syuk ketawa.
Bibirnya
mengukir senyum pahit. Nafas ditarik dalam-dalam. Kau boleh, Syuk.
“Aku percaya kau
boleh buat.”
Wajah
Shaf dengan senyum segarisnya kembali berlayar di ruang mata. Syuk menelan air
liur yang rasa terbuku di tekak.
Syuk
dari dulu kurang keyakinan diri. Dia membesar serba ada. Walaupun tak sekaya
Shaf, dia juga dari golongan berada. Dan dia ditatang bagai minyak yang penuh
oleh kedua ibu-bapanya, membuatkan dia selalu ragu-ragu dengan kebolehan
dirinya. Dan Shaflah yang selalu bagi dia kekuatan.
Syuk
terasa mata semakin pedih. Dada terasa sesak. Perlahan, Syuk berjalan ke ruang
tamu dengan dua cawan kopi di tangan. Pa’in sedang termenung jauh di sofa
sambil kakinya menguis-nguis hujung karpet putih berbulu yang menutupi lantai
marble hotel itu. Nampak yang dia tak selesa.
Syuk
menyusun kopi di atas meja.
“Yours.”
Dia menolak Iced Espresso Romance ke hadapan Pa’in. Pa’in tersengih kelat.
“Old
times.” Bibirnya tanpa sedar menggumam rendah. Air kopi diteguk. Rasa yang dia
rindu. Rasa yang tak pernah berubah. Yang berubah cuma kurangnya satu lagi cawan.
Caramel
Cappuchino. With extra caramel.
Mata
terasa hangat. Air mata tanpa sedar mula menakungi tubir mata.
Syuk
tersenyum tawar. Shaf…Dia tahu sedalam mana lukanya, dalam lagi luka Pa’in. Dia
panggil Pa’in sebab dia nak tolong Pa’in. Dia tak mahu Pa’in hidup dengan rasa
serba salah. Dan dia tak mahu hilang Pa’in. Cukuplah Shaf seorang.
“Kalau
yang jatuh tu Pa’in?”
“Apa
punya soalan ni? Aku buat benda samalah.” Syuk merengus.
“Pa’in,
are you okay?” Tekak terasa perit.
Pa’in
angkat wajah. “Huh?”Suaranya sebeku ais di Antartika. Dingin.
“Her
death.” Syuk melepas nafas. “Do you manage to get over it?”
Pa’in
terdiam sekejap. “Hmm..okay kut.” Pa’in pun tak tahu nak jawab macam mana. Nak
bagitahu Syuk yang dia masih tidur berteman air mata tiap-tiap malam? Nak cakap
yang dia sampai sekarang rasa sesak bagai kena jerut tiap kali dengar lagu End
of Time? Nak cerita kat Syuk yang setiap benda yang dia pandang akan buat dia
teringat kat Shaf? Yang sampai sekarang dia tak boleh nak telan chocolate
fudge? Yang loket Shaf bagi dah 4 tahun cuma tersimpan dalam almari?
Pinggir
bibir dipaksa menarik senyuman tawar. Air mata mula bertakung tanpa sempat dia
tahan.
“Pa’in,
sorry for making your life harder.”
Suara
Shaf menyinggah cuping telinga. Pa’in menggigit bibir bawah tanpa sedar.
“Hey,”
Tubuh Pa’in tiba-tiba terasa hangat. Dia sedang berada dalam pelukan Syuk,
“Don’t blame yourself. It’s okay. Tell me what you feel.”
Pa’in
tunduk dalam pelukan Syuk. “Syuk..I wanna see her once more.” Pa’in menelan air
liur. “I wanna talk to her and say that I’m sorry.”
Dan
air mata Pa’in mengalir laju tanpa amaran.
*********
“Playlah.” Pandangan Pa’in jatuh ke voice note
yang terpamer di skrin iPhone 9 milik Syuk. Butang play ditekan.
“Syuk..”
Suara Shaf menyentuh gegendang telinga. Mata Pa’in membesar. Terus dia melihat
tarikh voice note itu dihantar.
28 Februari…2017. 4 tahun lepas. Sehari sebelum Shaf pergi buat selamanya.
“Aku
rasa aku faham apa yang Pa’in rasa. Aku tak pernah blame dia, Syuk. Salah aku
sebab tak pernah faham perasaan dia.” Shaf berhenti menelan air liur yang
tersekat di kerongkong. “Kau jangan la marah dia. Kita boleh fix salah faham
ni. Esok kita jumpa Pa’in jom.” Lembut je suara Shaf.
Air
mata mula menakung di tubir mata Syuk. Dia ingat lagi, esoknya dia tunggu tapi
yang sampai hanya berita yang Shaf dah tak ada. Allah lebih sayang Shaf.
“Shaf
tak pernah marah kat kau, Pa’in. Dia selalu kata kau tak salah.” Kata Syuk
perlahan.
“Tapi
sebab aku lah Shaf bunuh diri.” Pa’in menggumam perlahan. The painful truth.
“Bunuh
diri?” Muka Syuk berubah. “Shaf tak bunuh diri!”
Pa’in
terpempan. “Tapi surat khabar yang aku baca tu…”
Syuk
menarik nafas dalam-dalam. Pa’in tak tahu lagi rupanya. “Tu cuma spekulasi yang
dibuat oleh wartawan bila Shaf dijumpai lemas dalam tasik tu.” Mendatar je
suaranya memberitahu. “Ayah Shaf kan famous. Biasalah bila paparazzi mula
timbulkan macam-macam cerita. Lagipun, orang tahu keluarga Shaf macam mana.”
Nafas dilepas perlahan. “Tapi hasil post mortem dan siasatan polis, Shaf
tergelincir. It was an accident.” Seminggu selepas berita palsu itu terhebah,
barulah kebeaaran muncul. Tapi berita itu tak seviral berita yang pertama.
Siapalah yang kisah nak tahu kebenarannya. Syuk tersenyum pahit.
Mulut
Pa’in terkunci. Dia betul-betul tak tahu. Lepas dia terbaca akhbar itu, dia
cuba menyorok dari bayang-bayang Shaf. Dia kurung diri dari dunia luar. Dia
lari dari perkara-perkara yang mengingatkannya tentang Shaf dan Syuk. Tapi
ternyata, dia masih terpenjara dalam sangkar memori. Dan 4 tahun dia hidup
dengan kenyataan yang salah.
Shaf
tak bunuh diri…
“Apa
yang kau cakap kat kitorang waktu tu tentang apa yang kau rasa, that’s not your
fault at all. Apa yang kau rasa tu valid. Kau pun berperang dengan rasa tu. Sebab tu, Shaf tak pernah salahkan kau, Pa’in.
Aku pun. Aku cari kau tapi kau dah pindah rumah. Kau tak pernah jawab bila aku
contact. Aku rasa kosong, Pa’in. Aku rasa aku hilang dua kawan baik aku sekali
gus.” Syuk menahan esakannya. Air mata dah meleleh laju atas pipi.
Pa’in
membiar sahaja air mata yang jatuh tanpa diseka. Selama ini, dia sibuk menjaga
perasaannya. Sampai dia lupa yang dia masih ada Syuk. Syuk kawan baik dia.
Kawan baik Shaf juga. Pemergian Shaf mesti turut membawa pergi sebahagian hidup
Syuk.
“Tapi,
Pa’in. Shaf takkan happy bila dia tengok kita macam ni. Lepaskan Shaf, Pa’in.
Terima yang walau sedalam mana kita sayang Shaf, Allah lebih sayang dia. Selagi
kau lari daripada kenyataan, kau takkan live your life at the fullest.” Syuk,
lagi senang cakap dari buat kan? Hati Syuk memerli tuannya. Syuk sendiri masih
berjuang untuk memulihkan lukanya. Tatkala dia melihat jasad kaku Shaf yang
sudah membiru, terasa nyawanya nak ikut terbang sekali. Rasa bagai sebahagian dirinya
direntap kuat, hingga terkoyak dan meninggalkan lubang. Lubang yang tak akan
pernah tertutup.
“Live
your life at the fullest.” Syuk memandang mata bundar Pa’in. “Itu janji kau
dengan Shaf kan?” Syuk bersuara lembut.
Air
mata semakin deras menuruni pipi Pa’in.
“Hug?” Dan sekali lagi Pa’in tenggelam dalam
pelukan Syuk.
“Aku
nak kau janji, no matter what happen, you will live your life at the fullest.”
**********
“Pa’in!!!!!”
Syuk bergolek atas katil mendekati Pa’in yang sedang menghadap add math. “Aku
bosan gila!” Suara berjuta megawatt menggegar cuping telinga Pa’in.
“Eee…
bisinglah. Gi main jauh-jauh.” Bantal peluk bulat menghentam wajah Syuk. Syuk
memuncungkan mulut. Sampai hati Pa’in. Pa’in tu kalau dengan add math macam
dating dengan pakwe.
“Shaf!!!!
Sikit lagi aku jadi gila ni.” Dia kacau Shaf pula.
“Fly
nak?” Shaf pasang muka nakal.
“Shaf….”
Suara Pa’in kedengaran. “You.gonna.be.killed.” Ni bukan kali pertama Shaf fly.
Tapi sejak ada Pa’in, mana dapatnya dia fly.
“Bagi
la can..” Shaf tayang muka mintak kesian.
“No!”
“Eee..budak
nerd.”
“Penjenayah
antarabangsa.” Pa’in buat muka seposen.
“Skema.”
“Criminal.”
“Pembaris.”
“Pensel.”
Apakah?
Shaf menjongket kening. “Haa mula lah tu nak merepek.”
“Biarlah.”
Pa’in buat toya. Syuk hanya menggeleng-gelengkan kepala. Sehari tak bertekak
tak sah dua minah ni.
“Pa’in
nanti kalau kita tak jumpa, mesti kau rindu nak bertekak macam ni kan?” Shaf
membetulkan letak spek di mata. Pa’in membalas dengan muka habis annoying.
“Ewww..
perasannya. Siapa entah rindu dia.” Dia menjulingkan mata ke atas.
Dan
Shaf hanya membalas dengan tawa.
Air
mata sudah lencun membasahi telekung Pa’in. As always, Shaf selalu betul. Shaf,
aku memang rindu pun nak bertekak dengan kau… Loket yang berada di tangan
digenggam.
Life
will never be the same after a best friend dies. There’s a small hole inside
your heart. It turns the song that once
brought you joy into a tear-inducing melody.
Pa’in
menyeka air mata dengan belakang tangan.
“Kalau
kita asyik blame diri sendiri, menangis sorang-sorang..tu semua takkan bantu
Shaf kat kubur pun.” Syuk menghirup chocolate latte yang belum disentuh sejak
tadi.
“Apa
yang patut aku buat?”
“Doakan
dia. Spread her positiveness. Jadi pengganti Shaf yang bergerak atas muka bumi
ni. Sebarkan benda-benda yang Shaf ajar kita.” Syuk diam sekejap. Cawan kopi
diletakkan atas meja. “Kata ustaz aku, those things in shaa Allah will benefit
her there.”Sekali lagi mata mereka bertatapan.
“Kau
sayang Shaf kan?”
Pa’in
membetulkan duduk di atas sejadah. Tangan diangkat ke langit.
Dia
sayang Shaf. Sayang sangat-sangat.
*********
“Siap!”
Suara Syuk kedengaran dari pintu keluar ke kolam renang. Pa’in yang sedang
membelek majalah mengangkat muka.
“Sedap
gila bau!” Terasa perutnya berkeroncong.
“As
the best chef in the world…” Syuk meletakkan pinggan yang berisi makanan di
atas meja, “…I present to you the infamous Saltimbocca and Cotoletta.” Muka
ditayang habis bangga.
Di
satu pinggan tersusun 5 bola saltimbocca dan di atas pinggan yang satu lagi sekeping
coletta yang masih berasap terhidang.
“Sejak
bila barista naik pangkat jadi chef ni?” Pa’in menutup majalah di tangan. Masakan Itali
pulak tu. Bukan biasa-biasa.
“It
has been 4 years. Takkan nak stay as a barista forever.” Syuk menjulingkan mata
sambil bibir menggaris senyum. “But I’m still the best barista apa.”
“Poyo.”
Pa’in menjuih bibir. Tapi seriously tangan Syuk ni buat apa pun jadi.
“And
the last one..” Syuk patah balik ke pintu. Tak lama kemudian, dia keluar dengan
sebiji kek di tangan. “the most delicious and pluffy chocolate fudge for the
birthday girl!” Masih dengan suara poyonya. Kek diletakkan di atas meja.
Pa’in
menelan air liur yang terasa pahit. Chocolate fudge. Dah 4 tahun dia tak sentuh
kek kegemarannya itu.
“Chocolate Fudge!” Hatinya melonjak-lonjak. Choc Fudge
pekena dengan almond dan sultana memang the best.
“Shaf yang mintak aku beli kek ni.” Syuk meletakkan kek
di atas meja. Sepiring pinggan diambil dan satu slice kak diletakkan di
atasnya.
“Thanks.” Pa’in betul-betul terharu. Berjuta terima kasih
pun tak cukup untuk menggambarkan perasaannya ketika itu.
Shaf
membalas dengan senyum segaris. “Anything for you. Happy birthday, buddy.”
Tarikh
yang sama. Tempat yang sama. Kek yang sama. Yang bezanya, Shaf tak ada. Yang
lainnya, kerusi sebelahnya yang dulu diduduki Shaf kosong.
“Syuk…”
Mata Pa’in dah berair. “Aku rindu dia…” Dia ingat dia dah dapat move on. 3
bulan berlalu lepas dia jumpa Syuk di hotel. Dia dah cuba terima. Dia dah ucap
selamat tinggal pada Shaf kat kubur, pakai balik loket yang Shaf bagi dan dia
dah boleh dengar lagu End of Time tanpa rasa bagai separuh mati. Tapi, dia
tetap rasa kosong tanpa Shaf.
“Aku
pun, Pa’in.” Syuk genggam tangan Pa’in. “Aku pun.” Mata terasa hangat.
Air
mata Pa’in jatuh entah buat kali ke berapa untuk Shaf.
“Wuuuu…
birthday girl nangis…”
Suara
Shaf. Di celah air mata yang mengalir, bibir Pa’in tersenyum kelat.
“Imagine
Shaf is here. And saw we cry a bucket for her..” Pa’in menggumam rendah sambil
menyeka air mata.
Syuk
tergelak. “She would say, 'Hey budak cengeng'.” Shaf dengan perangai kuat
menyakatnya memang tak dapat dipisahkan.
“Sampai
tahun depan pun tak habis dia ungkit.” Pa’in join ketawa dengan hidung yang
masih merah dan mata yang tak henti berair.
“Kau
pun sama kuat bahan dia. Dua kali lima je korang.” Syuk tersenyum pahit. Sedar
yang Shaf dah tak ada nak sakat dia dan Pa’in. Dah tak ada lagi tangan Shaf
yang suka sekeh kepala dia sebab dia pendek. Tak ada lagi senyum segaris Shaf
bila dia menang perang mulut dengan Pa’in.
Shaf
dah tak ada.
Pa'in menggigit bibir. “Shaf
tak pergi mana-mana pun. Selagi kita tak lupakan dia. Dia ada dalam memori
kita. Dalam setiap doa kita. Dalam hati kita. Dalam setiap tindak tanduk kita
yang mencerminkan dia.” Pa’in bersuara rendah.
Syuk
angguk. Nafas ditarik dalam-dalam. Hidup Shaf dah berakhir tapi hidup dia masih perlu diteruskan. Bersama cebisan-cebisan Shaf yang tertanam dalam diri.
“Dahlah.
Jom makan!” Pa’in menarik keluar sudu dan garfu dari bekas. Tak sabar nak rasa
air tangan Syuk. The best in the world lah sangat..
“Pa’in.
Sini kejap.”
“Ada
apa?” Pa’in bangun dan bergerak mendekati Syuk di tepi kolam.
Syuk sengih.
“Happy birthday Pa'in!” Serentak dengan itu, tubuh Pa’in ditolak masuk ke dalam kolam
renang. Habis basah lokos. Gaun biru muda kembang yang dipakainya dah tak rupa
gaun kembang dah.
“Kurang
asam!” Pa’in mendengus sambil lekas memanjat naik kolam renang.
Ka-chick.
Bunyi kamera kedengaran.
Syuk
tersenyum nakal. Kata orang, cara untuk nampak cantik dalam gambar adalah
dengan buat orang lain nampak hodoh.
Muka
Pa’in berubah merah macam baru lepas kena baling sos tomato. “Syuk!!!!”
*********
Death
ends a life, not a relationship.
TAMAT
16 Mei 2020
11:30 AM


Comments
Post a Comment