Hikmah
Gadis bergaun putih itu hanya
memerhati kawan sebiliknya menangis sambil memeluk tubuh. Selimut dibawa ke
bahu. Sejuk. Angin Mediterranean mencuri-curi masuk dari celah tingkap yang
terbuka dan mengelus-elus lembut kulitnya.
"Hanis, jangan macam ni. In shaa Allah nanti Allah ganti dengan lebih
baik." Pujuknya lembut.
"Kau mana faham. Kau tu
orang senang. Mana pernah rasa susah. Semua tu aku beli dengan duit aku sendiri
tahu tak?" Dia tersedu-sedu. Bantal dibawa ke dalam pelukan.
"Nanti aku bagilah duit aku
sikit. In shaa Allah ada hikmahnya tu." Pujuknya lagi. Secawan hot
chocolate dihulurkan kepada teman biliknya itu.
"Tapi..sebab ada orang curi
projek aku, aku punya markah kena potong tadi. Arghh!! Stress betul aku."
Air mata mengalir lagi. Marah. Kesal. Sedih. Semua bercampur baur. "Aku
bukannya macam kau. Sempurna semua segi. Kaya, pandai. Kau tak akan faham. Kau
tu perfect!" Luahnya. Ya, dia selalu cemburu dengan gadis itu dan
berangan-angan untuk hidup sepertinya.
"Kau nak lepaskan marah kat
aku, lepaskanlah Hanis. Jangan pendam.” Gadis itu memeluk teman biliknya itu.
Hanis tersenyap. "Aku tak
tahu." Dia tahu bukan salah kawannya itu tapi fikirannya kusut. Projek
hilang, markah kena potong. Barang-barang berharga yang diletak di situ pun
semua lesap.
"Aku tahu kau tengah frustrated.
Tapi, aku ada untuk kau. Dan in shaa Allah, semua jadi ada hikmahnya. Sekarang
ni, kau minum ni sikit dulu. Esok aku teman kau jumpa prof, okay?" Secawan
hot chocolate dihulur lagi.
Perlahan, Hanis membawa cawan
itu ke mulut. Air diteguk. "Kau asyik ulang ayat ada hikmahnya je."
Dia bersuara.
Gadis bergaun putih itu
tersenyum.
"Sebab itu yang aku
percaya."
**********
"Batu!"
"Tulang"
"Langsat."
"Sat..sat..satu. Alaa
abang. Lapar lah." Mulut kecil itu mengomel. Rambutnya yang mengurai
menutup dahi diselak ke tepi.
"Kita kan tak habis main
lagi. Siapa nak main dengan abang?" Akmal menyelongkar kotak yang ditarik
dari bawah katil. Dia melepas nafas kecewa. Hanya tinggal paket-paket makanan
kosong.
"Kita makan lah dulu..lepas
makan, adik main dengan abang. Janji!" Najah bangun dan menghampiri
abangnya. Perutnya dari malam tadi menjerit-jerit kelaparan.
Akmal memaksa bibirnya
tersenyum. Perlahan dia meraih tangan adiknya. Najah baru berusia 7 tahun.
Masih mentah.
Tapi aku pun, baru 12
tahun.
Akmal mengesat peluh yang
merenik di dahi.
"Jom keluar cari
makanan."
*********
"Adik tunggu sini kejap
tau." Pesan Akmal. Mereka berada di sebuah warung di tepi jalan. Meskipun
bukan waktu makan tengahari, kelihatan ramai orang memenuhi warung itu.
"Yes, sir." Najah
berdiri tegak seperti askar. Tangan dibuat gaya tabik hormat. Kemudian dia
mengekek sendiri.
"Tuan puteri duduk
elok-elok ye." Akmal menepuk perlahan kepala adiknya. Spontan Najah
menarik muncung. Akmal tersenyum. Langkah diatur memasuki warung itu.
Mata Akmal meliar di segenap
arah. Bau masakan dari dapur membuatkan perutnya berkeroncong. Sudah hampir dua
hari dia tidak menjamah apa-apa makanan. Tiba-tiba bibirnya mengoyak senyuman.
Seorang perempuan muda bangun dari meja bersama seorang kanak-kanak sebaya
Najah. Yang membuatkan senyumannya bertambah lebar ialah baki nasi ayam
kanak-kanak itu yang hanya dijamah sedikit sahaja. Seorang pekerja warung
datang dengan tuala good morningnya untuk mengemas meja itu.
"Abang..abang.." Dia
menarik-narik baju pekerja itu. Pekerja itu menoleh.
"Kenapa dik? Mana
ibu?"
"Nak tu boleh?"
Tangannya menuding ke arah pinggan yang masih penuh berisi nasi ayam.
"Ni?" Dahi pekerja itu
berkerut.
"Boleh lah, bang. Adik saya
lapar." Akmal membuat muka comel. Haih la. Harap-harap abang ni tergoda.
Pekerja warung itu terdiam. Rasa
simpati mengalir. Lagi-lagi bila dia perasan seorang kanak-kanak perempuan sedang
mencangkung berdekatan tiang warung sambil bermain-main dengan kucing. Ke mana
lah ibu ayah dua budak ni?
"Emm makanlah. Abang
belanja adik lagi sepinggan." Dia berlalu meninggalkan meja. Senyuman
Akmal melebar.
"Adik, sini!"
*********
"Nasi!"
"Si..sikat."
"Kat..il."
"Tilam."
"Lampin!"
"Pintu." Najah
menayang muka bangga kerana dapat menyambungnya.
"Tulang."
"Langsat."
"Apa ni? Ulang macam pagi
tadi je." Akmal menarik muka tidak puas hati.
"Alaa abang pun sama."
Bela Najah. "Abang, sedapkan nasi tadi." Najah menarik tangan
abangnya dan memeluknya. Akmal tersenyum. Dia menjeling bungkusan nasi ayam di
tangan kanannya. Tadi, dia dan Najah berkongsi baki nasi ayam kanak-kanak
sebelumnya. Lagi sepinggan nasi, dia minta abang warung tadi bungkuskan.
"Abang, hujan!"
Rintik-rintik hujan mula turun. Akmal pantas menarik adiknya berteduh di kaki
lima kedai. Mereka duduk bersandar di dinding kedai tersebut.
"Tumpang lalu, dik."
Seorang lelaki muda menegur Najah yang melunjurkan kakinya sehingga menghalang
jalan. Akmal menarik kaki Najah. Lelaki muda itu berlalu meredah hujan sambil
melindungi anak yang didukungnya. Najah mengalih pandangan ke dalam kedai Roti
dan Kek di sebelahnya. Di dalam kedai, terdapat sepasang suami isteri yang
sedang melayan seorang anak perempuan mereka. Si anak tergelak mendengar si
ayah membuat lawak sambil membuat muka lucu. Si ibu pula dengan lemah lembut
membersihkan mulut anaknya yang comot.
"Apa yang adik abang ni
tengah intai haaa?" Tiba-tiba dia rasa perutnya digeletek. Spontan dia
ketawa.
"Abang, geli lah."
Tawanya belum habis. "Adik tengok tu haa. Dia ada ibu ayah. Pakai baju
lawa-lawa." Di hujung kata-katanya, air mata tumpah membasahi pipi.
Akmal terkedu. Perlahan, dia
menggenggam tangan adiknya.
"Dia tak ada abang."
Tubuh adiknya ditarik ke dalam pelukannya. "Adik ada abang."
*********
"Ibu tak sayang kita
ke?" Najah bertanya tiba-tiba. Akmal yang sedang memotong kotak menoleh.
"Kenapa cakap macam
tu?"
"Ayah kata ibu pergi
syurga. Tapi ibu tak ajak kita pun. Maksudnya ibu tak sayang kita lah
kan?" Jari Najah bergerak mengikut bentuk Doraemon yang terdapat pada
sarung tilam usang mereka.
Akmal terdiam. Ibu mereka telah
meninggal dunia ketika dia 6 tahun dan Najah berusia 2 tahun. Dia sendiri sudah
ingat ingat lupa wajah ibu.
"Syurga tu bukan ibu punya,
Najah. Syurga Allah punya dan cuma siapa yang soleh, yang solehah je dapat
masuk." Kotak yang siap dipotong dibersihkan habuknya.
"Ohh hmm.. Ayah pulak pergi
mana?" Najah menundukkan muka. Akmal menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Abang pun tak tahu,
dik." Dia melepas nafas. Sudah setahun ayah hilang tanpa sebarang berita.
Dan setahun itu lah mereka hidup di rumah yang sangat usang ini dan bergantung
pada sedikit bahan makanan yang tinggal. Rumah ini ayah kata dibina oleh ayah.
Sebab itu rumah ni tersangat kecil dan terpencil.
Akmal terbatuk-batuk. Matanya
merah menahan peritnya tekak. Sudah tiga hari dia demam. Akmal meneguk secawan
air hujan yang ditadah malam tadi.
"Abang sakit ke?"
Najah bertanya lagi. Akmal senyum.
"Tak lah. Abang kuat
haha."
"Yelah. Abang kan anak
tunggal." Najah mencebik. Akmal mengangkat kening. Anak tunggal?
"Abang kan nombor
satu." Najah berkata dengan yakin.
"Hahaha itu orang panggil
anak sulunglah. Anak tunggal tu sorang-sorang." Ketawa Akmal terlepas.
Adik aku keliru ni.
Najah memuncungkan bibir. Jahat
lah abang ni. Gelakkan orang pulak. Akmal menggeleng perlahan sambil menahan
tawanya. Kerja diteruskan. Haih, tak siap alas yang dia nak buat ni nanti.
"Abang.."
"Hmm.."
"Apa yang abang nak sangat
sangat sangat?" Najah bersuara.
Akmal terdiam seketika.
"Bagitahu adik nak apa dulu."
"Eee tak aci lah abang ni.
Sebab adik ni baik, adik bagitau. Adik nak ada ibu ayah macam orang
lain. Ada baju lawa. Nak ada rumah besar. Kereta besar. Semua besar."
Tangan kecilnya digawang-gawangkan ke udara dengan penuh semangat. "Apa
yang abang nak pulak?"
"Abang nak.." Akmal
memandang adiknya. "...adik dapat apa yang adik nak sangat sangat tu."
Dia senyum.
*********
Najah teraba-raba dalam gelap.
Habis semua kotak diselongkarnya.
"Ya Allah, Najah nak
lilin..Tolong Najah." Air matanya tumpah. Bekalan lilin di rumah mereka
sudah lama habis. Setengah tahun yang lalu. Dah beberapa bulan mereka bergelap.
Tapi malam ni..
Najah mengengsot mendekati Akmal
yang terbaring meringkuk di atas tilam lusuh mereka. Dia menarik cadar yang
melapik tilam itu dan menyelimuti abangnya. Tangan abangnya dipegang. Sejuk.
Macam ais.
"Abang, abang..ok..ke?"
Suara Najah terketar-ketar. Dia tidak boleh melihat wajah Akmal, dek kerana
gelapnya malam. Di luar, hujan semakin lebat. Titis-titis air hujan menitik di
atas abangnya dari bumbung yang bocor.
"Abang kan dah kata yang
a..bang..kuat." Lemah Akmal bersuara. Tubuhnya menggigil kesejukan.
"Ta..kut!" Air mata
Najah mengalir lebat. Tubuh abangnya dipeluk. Dia tak tahu mana yang lebih
ditakutinya; guruh ataupun keadaan abangnya.
"Shhh.." Akmal
membalas pelukan Najah. Najah cepat-cepat memegang tangan abangnya yang sejuk.
Dia meniup tangan itu berulang kali dengan harapan abangnya akan berasa sedikit
hangat.
"Ki..ta main
sambung-sambung..o..k?" Tutur Akmal perlahan.
"Ok." Najah
mengangguk. Tangan abangnya ditiup lagi.
"Mata."
"Tasik"
"Siku."
"Abang, cakaplah
sikat!"
Akmal tergelak lemah. "Adik
nak cakap katil lah tu. Nanti berulang macam hari tu." Dia terbatuk-batuk.
"Hmm ku...ku...cing."
"Cing..cing..cing..hmm.."
"Haha tak dapat."
Najah ketawa gembira.
"Yelah abang kalah. Najah
mula dulu."
"Beli!"
"Lima."
"Masa."
"Sa.." Akmal
senyap.
"Sa..?" Diam lagi.
Najah yang baring membelakangi abangnya menoleh.
"Abang.." Dia
menggerakkan tubuh Akmal. Kemudian dia memusingkan balik badannya. Tangan Akmal
diambil dan ditiup berulang-kali.
"Abang!"
Tangannya mula terketar.
"Diamlah. Abang tengah fikir."
Tangan Akmal bergerak dan menggeletek perut adiknya. Namun, geleteknya tiada
tenaga.
"Abang ni buat adik takut
je. Cepatlah. Sa..apa?" Najah menangkap tangan abangnya dan digenggam.
"Hmm sa..sa..sayang
adik." Serentak, tangan kanannya memeluk tubuh Najah.
"Abang..betul betullah.
Mana boleh dua." Najah tidak puas hati.
"Be..tul lah."
"Mula balik. Hmm ibu."
"Buka." Suara Akmal
semakin perlahan.
"Kari."
"Ribut."
"But..buta!"
*******************
Najah menguap. Perlahan dia
bangun dari baringnya. Perutnya dah menyanyi-nyanyi meminta makanan.
"Selamat pagi dunia!"
Najah menggeliat perlahan. Kemudian, dia memandang abangnya. Akmal kelihatan
masih nyenyak tidur.
"Abang..dulu kan adik
pernah cakap yang adik nak sangat-sangat rumah besar, kereta besar.." Dia
menggenggam tangan abangnya. "Tapi sekarang adik rasa adik tak nak semua
tu. Adik cuma nak abang." Tangan itu dibawa ke dada dan dipeluk. "Nak
main dengan abang. Jalan-jalan kat pekan dengan abang. Tapi abang kena cepat
cepat baik tau." Tangan abangnya diletak kembali.
"Adik pun sayang
abang." Dahi abangnya dicium. Tiada respon. Najah melihat wajah abangnya.
Pucat. Mata Akmal terpejam rapat dengan bibir tersenyum. Najah meraba wajah
itu. Sejuk.
Abang?
"Abang..bangun. Abang. Jom
main sambung-sambung lagi. Abang.."
Senyap.
"Cepatlah. Abang mula
dulu."
Senyap.
"Ok lah. Adik mula dulu.
Asyik adik je mengalah."
Senyap.
"Adik mula ya. Hmm
lampu."
Senyap.
"Tak dapat ke? Adik kira.
1..2.." Najah berhenti. Kakinya menggigil. Begitu juga dengan tangannya.
Seketika itu, dia terduduk. Nafasnya
semakin laju. Dan perlahan, air mata jatuh menuruni pipi.
“Abang..!!!!”
*************
Tayar kereta Audi 8 keluaran
Jerman itu meluncur masuk menerusi pagar automatik. Pintu bahagian pemandu
terbuka. Seorang lelaki, berkemeja lengan panjang yang dilipat ke siku keluar.
Pintu di sebelah tempat duduk pemandu pula terbuka. Seorang wanita muda
bershawl labuh berwarna krim bercorak putih mutiara dan berbusana gaun muslimah
moden keluar sambil membimbit beg tangannya. Dia membuka pintu tempat duduk
belakang. Bibirnya menggaris senyum.
"Jom masuk rumah kita
sayang. Mulai hari ni, sayang tinggal kat sini. Dengan papa dan mama."
Lembut wanita itu menggamit kanak-kanak bertudung pink di dalam kereta itu.
Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu keluar. Dia melangkah takut-takut di
sebelah wanita itu.
"Mama nak Najah anggap mama
ni ibu Najah. Buat rumah ni macam rumah sendiri ye sayang." Wanita itu
memimpin Najah masuk ke rumah.
Najah melihat sekeliling di
dalam rumah banglo dua tingkat itu. Tv besar. Sofa kulit mahal. Permaidani
empuk. Najah memandang ibu dan ayah angkatnya. Tidak sampai sebulan pun dia di
rumah anak yatim, pasangan ini telah memilihnya untuk menjadi anak mereka.
Apa yang abang nak sangat sangat
sangat?" Najah bersuara.
Akmal terdiam seketika.
"Bagitahu adik nak apa dulu."
"Eee tak aci lah abang ni.
Sebab adik ni baik, adik bagitau. Adik teringin, nak ada ibu ayah macam orang
lain. Ada baju lawa. Nak ada rumah besar. Kereta besar. Semua besar."
Tangan kecilnya digawang-gawangkan ke udara dengan penuh semangat.
Mata Najah terasa hangat.
"Kalau Najah nak apa-apa,
bagitahu mama ya." Wanita itu mengusap lembut kepalanya. Najah mengangkat
wajahnya.
"Najah nak.." Dia
berhenti sejenak. "Najah nak abang."
"Apa yang abang nak
pulak?"
"Abang nak.." Akmal
memandang adiknya. "adik dapat apa yang adik nak sangat sangat tu."
************
"Kenapa kau nangis?"
Suara Hanis menghentikan lamunannya. Gadis bergaun putih itu tersenyum.
"Everybody has a chapter that
they don't read it out aloud." Dia menutur perlahan.
"What..?"
"Setiap orang ada rahsia
sendiri. Tak semestinya apa yang kau nampak, itu yang hakikinya. Ada orang yang
kaya, tapi tak bahagia. Ada yang pandai, Allah uji dia ada masalah pergaulan.
Ada yang nampak baik, tapi siapa tahu apa yang dia dah lalui di masa silamnyam
Setiap orang, ada ujian masing-masing. Sesuai dengan tahap kemampuannya."
Dia tersenyum lagi. Jangan bandingkan bahagian terdalam dalam hidup kita dengan
apa yang tampak di permukaan hidup orang lain.
"Tapi yang pasti, semua ada
hikmahnya. Sokay, we’ll find a way out together. Jangan lah sedih-sedih."
Gadis itu mencubit pipi hanis sebelum bangun.
"I want to eat something
hot. I'm going to check what we have in the kitchen. Want anything?" Dia
melangkah mendekati pintu. Tombol pintu dipulas.
"Naj." Hanis
memanggil. Dia menoleh. "Thanks. Really. Thanks a lot." Hanis
menggaris senyum.
"Most welcome." Gadis
itu melangkah keluar. Di depan pintu, dia menarik nafas dalam.
Ya, semua ada hikmahnya. Kalau
dia tak lalui 8 tahun penuh kesusahan itu, dia tak akan rasa kesenangan yang
dia peroleh sekarang.
Benarlah firman Allah, inna
ma'al 'usri yusra. Indeed, with the hardship comes the luxury.
Kalau tak di dunia, dia yakin,
dia akhirat sana. Macam abang.
Najah melempar pandangan ke luar
tingkap. Salji mula turun, menutupi bumi al-Fateh itu.
"Abang, Adik rindu…”
************



Comments
Post a Comment