Secawan Lemon di Musim Dingin



“Ohaiyou gozaimasu!” Ojiisan itu menegur kami.

“Ohaiyou!” Kami membalas dengan suara terketar. Salji yang turun semakin berkurangan, namun sejuknya masih terasa sampai ke tulang. 

“Koko ni kite kudasai.” Ojiisan tersebut melambai lambai ke arah kami. Kami memandang sesama sendiri.

“Hai.” Dia beria memanggil. Aku melangkah ke depan diikuti yang lain. “Douzo, douzo!” Dia mempersilakan kami duduk di kerusi yang tersusun di situ. Kemudian, dia masuk di pondok gerainya dan keluar bersama beberapa cawan lemon panas.

“Douzo!” Dia senyum. Awal-awalnya kami teragak. Scam ke ni? Or ada udang di sebalik batu?

Ternyata tidak. Ojiisan itu menolong kami kerana pertama, dia tahu kami dari Malaysia dan tidak biasa dengan cuaca sejuk.

Kedua, kerana dia pernah dibantu oleh seorang warga Malaysia.

Subhanallah, kebaikan yang menumbuhkan ranting-ranting kebaikan.

Dan kebaikan sesederhana secawan lemon panas ternyata memberi makna yang besar bagi kami yang sedang menggigil kesejukan.

********
Pernah suatu petang, ibu menerima iklan dari jiran kami yang menjual susu segar. Harganya mahal sedikit daripada yang dijual di pasar raya. Dan ibu terus memesannya; bukan satu tetapi tiga.

"Takpe. Kita niatkan sebagai sedekah. Dia tengah kesusahan tu. Anak dia sakit." Balas ibu ketika aku mempersoalkannya.

Dan petang itu, bukan tiga susu yang sampai, tapi lima! Eh, siapa yang ingin sedekah kepada siapa ni?
Esoknya, aku memesan lagi dua dengan niat unutk membantu perniagannya.
Dan petang itu, sampai dua kotak susu bersama 5 biji karipap dan 5 biji kuih kasturi.

Allahu, sekali lagi kami kalah dengan fastabiqul khairaatnya! Di saat kita selalu berkira-kira untuk berbuat kebaikan, ada insan yang berlumba mengerjakannya dalam keadaan yang serba kekurangan sehingga kita terlepas peluang-pelunag berbuat baik yang datang.

********

Pernah tak kalian merasa sangat perlu kepada pertolongan tetapi malu untuk meminta? Namun tiba-tiba pertolongan datang tanpa disangka.

Kadang kebaikan yang diberi itu kecil. Tetapi terasa bagai miracle.

Saya pernah. Hari sangat panas ketika itu, matahari tanpa segan silu berdansa di atas kepala dengan tarian habanya. Saya perlu menapak ke kelas yang sejauh 1km. Tak jauh pun, cuma hari tu saya demam panas dan setiap langkahan kaki terasa berat. Saya berjalan lambat-lambat. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelah dan pemandunya offer untuk naik.

Apa yang saya rasa?

Terasa bagai satu keajaiban. Doa saya telah dijawab oleh Tuhan!

Namun bagi sister tadi, kebaikan tu kecil je. Dah alang-alang lalu.

Kerana kebaikan yang kadang bagi kita kecil boleh menjadi sangat bermakna bagi orang lain, maka dalam setiap tindakan kita, pilihlah untuk berbuat baik.

Walaupun sesimple senyuman. Mungkin si penerima sedang kehilangan semangat dan senyuman itu dapat menghidupkannya.

Kadang kita melihat someone menaiki tangga dengan membawa banyak barang. Apa kata kita bantu alang-alang kita naik tangga yang sama?

Kadang kita beli sebiji kuih untuk kita, apa salahnya beli sebiji lagi untuk seorang kawan?

Kadang kita dapat notes dari orang atau kefahaman lebih, tak salah kalau kita berkongsi dengan yang lain.

Sometimes rasa nak mencarut or keluarkan kata-kata kasar kat someone? Tahankan.

Kadang kita nampak sampah yang besar di atas lantai. Apa salahnya kita kutip untuk memudahkan mak cik cleaner?

Pinggan yang kita guna di café, susahkah untuk kita angkat dan letakkan di tempatnya?

Jadilah keajaiban-keajaiban itu. Jadilah sebahagian dari tentera Allah untuk memudahkan urusan orang lain. Jadilah sebahagian dari jawapan doa-doa yg mereka tuturkan.

Sometimes, rezeki dan doa-doa kita terjawab disebabkan kebaikan-kebaikan kecil yang kita sendiri lupa. Mungkin kebaikan-kebaikan yang tak seberapa itu yang lebih bernilai dari kebaikan besar yang dipenuhi riya’. Mungkin dengan kemaafan yang diberi membutkan pintu keampunanNya terbuka luas untuk kita. Allah membantu hambaNya yang menolong orang lain.

Musa yang kepenatan menjadi pelarian, yang ketakutan, kelaparan, sehelai sepinggang di saat dia melihat dua orang yang memerlukan bantuan untuk memberi minum ternakan, tanpa berlengah dia terus membantu. Kemudian, dia terus beredar tanpa mengharapkan balasan.

Namun, Allah yang Maha Melihat membalas kebaikan yang sederhana itu dengan rezeki yang tidak disangka!

Biarkan kebaikan itu mengalir sehingga sebati dengan diri. Sehingga kebaikan itu tidak lagi dapat dihitung. Hingga semuanya jadi terlupakan. Mungkin dari situlah munculnya ikhlas.

Untuk setiap kebaikan, meski kita lupa, yang mencatatnya tidak akan lupa. Yang pastinya, hasilnya kalau tak di dunia, di akhirat sana. Pasti.

Tidak lahir dari kebaikan melainkan kebaikan juga. Kebaikan itu boleh bertumbuh dan mencambahkan ranting-ranting kebaikan yang lain.

Seperti lelaki Malaysia yang menolong ojiisan tadi.

Latihlah diri agar terbiasa dan ringan untuk berbuat baik. Agak kebaikan itu menjadi sesuatu yang spontan, tidak memerlukan kita untuk memikirkannya sekali, dua kali, atau lebih lagi, Selalulah pilih untuk berbuat baik!

“We carry with us, as human beings, not just the capacity to be kind, but the very choice of kindness.” Wonder

Comments

Popular Posts