Cerpen: End of Time— Part II
Part
II
“Syuk!!!”
Mana budak seorang ni menghilang. Lepas rehat tadi, terus dah tak nampak batang
hidung Syuk. Kelas pun tak masuk.
“Shaf,
tu Syuk.” Pa’in menunding jari ke pondok wakaf di belakang Musolla. Kelihatan
Syuk sedang duduk memeluk lutut sambil tangannya bermain-main dengan sekuntum
ros merah.
“Syuk,
kau okay tak?” Pa’in melabuhkan punggung di sisi Syuk. Syuk bangun dari
duduknya. Ros merah dicampak ke tanah.
“Syuk,
kenapa ni?” Shaf menyentuh lembut bahu Syuk. Jarang Syuk emo macam ni.
Syuk
menggigit bibir bawah. “Tak ada apalah.” Dia menggumam rendah.
“Syuk,
look at me.” Shaf menarik bahu Syuk supaya Syuk menghadapnya.
“Syuk..”
“What?”
“Tell me.” Kedua-dua bahu Syuk dipegang. Syuk
menelan air liur yang terasa berpasir. Wajahnya ditundukkan, menyembunyikan
kolam air mata yang hampir pecah.
“Kau
sedih sebab result add math tadi ke?” Pa’in bersuara perlahan. Hari ini, mereka
dapat result trial add math. Walaupun dia tak sekelas dengan Syuk, guru add
math mereka sama. Dan dia memang selalu curi-curi tengok markah Shaf dan Syuk
di buku rekod Cikgu Fatini.
“Syukk..”
“Aku
tak sepandai korang…” Air mata Syuk tumpah ke pipi. “Aku dah buat macam-macam.
Aku stay up, aku buat extra latihan, aku siap bungkus Sherlock’s Holmes, Percy
Jackson aku sebab add math punya pasal.” Syuk menarik nafas dalam. Tuhan je
tahu betapa hancurnya hati apabila result add mathnya masih gagal.
Sekurang-kurangnya Shaf berjaya lulus walaupun cukup-cukup makan. Pa’in lagilah
tak payah ditanya. Confirm A+.
“Aku
dah buat habis baik dah.” Suara Syuk antara dengar dan tak, tenggelam dalam
esak tangisnya. Shaf menarik Syuk ke dalam pelukannya. Dia faham. Dia dan Pa’in
saksi yang Syuk betul-betul all out untuk trial kali ini.
“Syuk,
aku tahu I’m not the one yang layak cakap macam ni. Tapi Syuk.. “ Pa’in menarik
nafas dalam. “This is not the end.” Bahu Syuk disentuh. “We got your back.
Kegagalan tu salah satu jalan menuju kejayaan. Sometimes, gagal tu cuma satu ujian. Untuk uji sejauh mana kita mahu.”
Shaf memandang wajah Syuk yang basah dengan air mata. Mata Shaf terasa hangat. “Syuk,
kita ada masa lagi. Pelangi kau tetap ada, cuma sekarang tengah hujan. Gagal ni cuma sebahagian dari perjalanan. Kau ada kitorang, di setiap jatuh, untuk kita bangkit sama-sama.” Kepala Syuk
digosok-gosok dengan telapak tangan. “In shaa Allah. Aku percaya kau boleh buat.”
“Weyhh..”
Syuk menepis. “Ingat aku budak kecik ke,”Syuk mengelap air mata dengan wajah
cemberut..
“Lantaklah.
Siapa suruh pendek sangat.” Shaf menjelir lidah. Syuk menarik muka masam. Pa’in
yang melihat hanya ketawa.
“Hmm korang kena tolong aku.” Syuk menggumam perlahan.
“Sure,
my love.” Pa’in sengih mengusik. “Malam
ni, no sleep until you’ve done at least 50 questions.” Bukan Pa’inlah kalau tak
keluar gaya Hitler dia tu.
“Yes,
ma’am!”
***********
“To
all respected audience, the hall is presenting you the best singer of all time…
Miss Syukrina!!!” Shaf acah-acah jadi emcee.
“Over
lah kau ni Shaf. Poyo.” Syuk bangun dari duduknya dan melangkah ke bahagian
kolam renang yang berdekatan dengan pintu. Terdapat mic stand yang telah dihias
cantik dengan ros putih di situ. Siap ada pintu gerbang ala-ala dalam Disney
princess lagi.
“Ehem..ehem…”
Syuk membetulkan letak mic. Dia pandang Pa’in yang sedang duduk di meja bulat
paling hampir dengannya.
“I
dedicate this song, to my two favourite persons, especially to our birthday
girl, Miss Farahin.” Senyum manis dihadiahkan ke Pa’in. Kemudian, dia memandang
Shaf di sebelah Pa’in. Shaf mengangguk.
When things are right, then you just know
There is something in your eyes that brings me home
'Cause when there's love, you don't let go
So as long as you're with me you're not alone, you'll never be
Mata Pa’in membesar. End of Time. Suara Syuk merdu menyenuh
gegendang telinga.
I wanna tell you what I feel and really mean it
I wanna shout it from the rooftops to the sky
'Cause if you ever need a friend you know I'll be it
From tonight until we see the end of time
I'll cross my heart
And hope to die
We're always and forever, I'll be by your side
When days are dark
And stars don't align
We're always and forever 'til the end
The end of time
Mata Pa’in mula berkaca. Harulah dua orang kawan aku ni.
Patutlah beria-ia Shaf dan Syuk ajak aku bermalam rumah Syuk weekend ni. Ada
udang di sebalik batu rupanya..
When we look back, and when we're old
We'll see your footprints next to mine along the road
And I don't know, what the future holds
But as long as you're with me you're not alone, you'll never be
I wanna tell you what I feel and really mean it
I wanna shout it from the rooftops to the sky
'Cause if you ever need a friend you know I'll be it
From tonight until we see the end of time
“Wuuuu… birthday girl nangis…” Shaf bersuara mengusik. Pa’in lekas mengusap air matanya. Nahas la…habis aku kena gulai lepas ni. Mata diarah pada Shaf. Shaf hanya tersenyum.
I'll cross my heart
And hope to die
We're always and forever, I'll be by your side
When days are dark
And stars don't align
We're always and forever 'til the end
The end of time
The end of time
Syuk
menghabiskan lagunya dengan senyuman di bibir. Kemudian dia menunduk sedikit,
acah-acah artis. Syuk menghilang sebentar dan kembali dengan sebiji kek di
tangan. Mata Pa’in bersinar terang.
“Chocolate
Fudge!” Hatinya melonjak-lonjak. Choc Fudge pekena dengan almond dan sultana
memang the best.
“Shaf
yang mintak aku beli kek ni.” Syuk meletakkan kek di atas meja. Sepiring
pinggan diambil dan satu slice kak diletakkan di atasnya.
“Thanks.”
Pa’in betul-betul terharu. Berjuta terima kasih pun tak cukup untuk
menggambarkan perasaannya ketika itu.
Shaf
membalas dengan senyum segaris. “Anything for you. Happy birthday, buddy.” Shaf
menarik keluar tangannya yang sedang menggenggam sesuatu. Genggaman dibuka dan
seutas rantai silver sedang melingkar di atas tangannya. Di hujungnya
tergantung loket berbentuk bulat dengan motif bunga teratai. Pa’in membuka
loket itu.
“Shaf…”
Matanya mula berkaca. Di dalam loket itu, ada gambar dia, Syuk dan Shaf sedang
berbaring menengadah langit. Dia kenal tempat itu. Port lepak diorang. Tasik di
depan rumah Shaf. Syuk sedang membuat muka anehnya, Shaf sedang tergelak dan
dia pula sedang tersenyum.
Semua
kelihatan bahagia.
“We
will always together. Till the end of time.”
Bisikan
Shaf mencetuskan senyum di bibir Pa’in.
Sungguh,
nikmat sahabat sejati tidak terganti dengan apa pun.
“Ya Allah, kekalkanlah.”
**********
Syuk
menyedut caramel frappe with whipped cream and caramel drizzle di tangan.
Nikmatnya bila rasa kopi dan caramel masuk ke dalam tekak. Pa’in
mengacau-ngacau sweet corn coppuchino yang dipesannya. Shaf pula setia dengan
iced caramel cappuchino.
“Sedap?”
Syuk memandang Shaf yang baru selesai menyedut minumannya.
“Sedap
lagi kau buat la..” Shaf menyedut lagi airnya.
“Cuba
bagitau benda yang aku tak tahu.” Syuk
menayang muka bangga.
“Poyonya.
Aku tarik balik la.” Shaf buat gaya meluat. Syuk ketawa. Buat orang annoying
memang hobinya. Pa’in hanya diam sambil menghirup air dalam cawannya.
“Pa’in,
kenapa kau senyap je hari ni?” Shaf menyoal. Tadi masa di Popular pun Pa’in hanya
tunggu di muka pintu. Padahal Popular tu heaven bagi mereka bertiga.
Pa’in
melepaskan straw dari mulut. Dia menggigit bibir bawah. Seketika, keluhan halus
keluar dari mulutnya. “Kau pernah rasa marah dengan takdir tak?” Soalan itu
tiba-tiba meluncur keluar dari mulutnya.
“Hey,”
Shaf memegang bahu Pa’in. “Kau ada prob ke ni?” Mata redupnya merenung Pa’in. Pa’in
memaksa bibir menarik senyum segaris. “Jawab la..”
“Okay,
okay.” Shaf melepaskan pegangannya. “Kalau kau tanya aku, of course la aku
pernah rasa camtu.” Shaf menala pandang ke meja hadapan. Dua pasang suami
isteri sedang melayan anak mereka yang riuh bercerita. Si kecil bertocang dua
dengan dress putih merah itu sesekali tergelak apabila tangan ayahnya nakal
menggeletek pinggangnya. “Tapi..” Shaf berhenti sejenak.
“Tapi?”
Shaf
mengalih pandangan ke arah lain. “Aku cuba untuk tak fikir apa yang aku tak
ada. Aku tak nak apa yang aku tak ada, buat aku terlepas pandang pada benda
yang aku ada. Pada kesempatan-kesempatan lain yang datang dalam hidup aku.”
Pa’in
hanya diam mendengar. “Aku nak hargai anugerah lain yang datang. Contohya
korang. The best thing that happen to me.” Shaf menarik nafas panjang. Tangan Pa’in
dicapai. “Kita hidup bukan lama pun untuk asyik mengenang takdir. Nanti kita
akan balik pada Dia jugak.” Dia menggumam rendah.
“Bahagia
tu datang bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila aku asyik banding
life aku dengan orang lain, aku yang akan rasa lagi sakit. Bahagia tu datang
dari dalam, bukan dicari kat luar.” Suara Shaf bertukar serak.
Syuk
hanya mendengar. Dia ingat lagi. Dulu, Shaf rela dimarah cikgu apabila ibu
bapanya tidak datang mengambil keputusan di sekolah daripada dia memberitahu
perkara sebenar. Shaf juga suka lepak di rumahnya semasa minggu balik.
Malam-malam, Syuk jadi saksi betapa fragilenya seorang Shaf. Dalam tidurnya, Shaf
selalu memanggil-manggil ibunya sambil teresak-esak. Shaf tak sedar, tapi Syuk
perasan semua itu. Bagi Syuk, Shaflah yang paling acah kuat antara mereka
bertiga.
“Pa’in,
apa yang jadi sebenarnya?” Lembut Shaf bertanya. Pa’in hanya menggeleng
menggeleng.
Shaf
melepas nafas. “Okay, kalau kau tak nak cerita, tak apa. Cuma..”
Pa’in
mengangkat wajahnya. Cuma apa?
“Aku
nak kau janji, no matter what happen, you will live your life at the fullest.
Janji dengan aku.”
Pa’in
diam. Live life at the fullest. Mampukah aku?
“Pa’in…”
“Hmm
yelah yelah.”
“Good
girl.” Shaf senyum nipis segaris. “By the way…”
Pa’in
angkat kening. Apa lagi…
“Aku
belanja choc fudge kegemaran kau nak?”
***********
“Pa’in
tak suka ke kek abang pilih tu?” Suara Abang Izz menarik Pa’in dari lamunannya.
Pa’in memandang chocolate fudge yang masih tak terusik di piringnya.
“Abang, Pa’in nak pergi tandas kejap.” Pa’in
meminta diri. Belum sempat Abang Izz membalas, Pa’in sudah hilang di balik
dinding tandas.
Pa’in
membuka pili air. Wajahnya dibasahkan dengan air.
Bohonglah
kalau dia tak rindu Shaf. Bohong sangat kalau dia kata dia tak rindu Syuk.
Bersama
air paip yang mengalir di wajah, air matanya yang ditahan sejak tadi turun.
“We
will always together. Till the end of time.” Shaf…Maafkan aku.
“Korang
je yang aku sayang kat dunia ni. I would rather die than losing you guys..”
Air
mata semakin deras menuruni pipi. Dibiarkan jatuh tidak diseka. Kalau bukan
sebab aku, Shaf tak bunuh diri.. Kalau bukan sebab ego aku, Shaf masih ada kat
sini…
Pa’in
menggigit bibir, menahan rasa sakit apabila kenyataan itu menikam dada. Sebab
inilah dia tak boleh nak hadap Syuk. Rasa bersalah yang menghunjam tiap kali
dia teringatkan Shaf ataupun Syuk. Rasa yang menghantuinya dari 4 tahun lepas
sampai sekarang.
“Pa’in,
are you okay?” Kedengaran suara Abang Izz dari luar tandas. Kalau dia
perempuan, mesti dah diserbu masuk ke dalam tandas. Pa’in berdehem seketika. “I’m okay..Coming”. Tisu dikeluarkan dari beg tangan. Dengan
berhati-hati, Pa’in menghapuskan bekas air mata di wajah. Mata dibuka luas
untuk dikeringkan. Nafas ditarik dalam-dalam. Lambat-lambat dia memandang
cermin. Hidung dan mata masih merah.
Senyum,
Pa’in. Senyum. Bibir ditarik dengan senyum paksa. Moga-moga senyuman plastik ini
akan bertahan hingga ke petang.
“Aku
nak kau janji, no matter what happen, you will live your life at the fullest.”
I’m
trying, Shaf. I’m trying..
***********
Mata
Syuk masih tak lepas dari kaca tv. SD card dari camcorder tercucuk pada player.
Di skrin, kelihatan Shaf dan Pa’in sedang hanyut disihir Jodi Picoult.
“I
think Peter killed Matt.” Shaf tiba-tiba meletakkan buku Nineteen Minutes sudah
tiga suku dibaca ke atas meja.
“Nope.
That’s too easy.” Pa’in membangkang. “I think his friend la..”
“Motif
la sangat.” Shaf menjuling anak mata ke atas.
“But
Josie is suspicious la.. Don’t u think so?” Pa’in mengerutkan kening seperti
sedang memikirkan masalah dunia. Kedengaran ketawa dari belakang camcorder.
“Nak
tahu jawapan tak?” Suara Syuk kedengaran.
“Don’t!”
Serentak Pa’in dan Shaf memandang kamera.
Syuk
gelak lagi. Dia dah lama khatam buku Jodi Picoults tu. “Sebenarnya kan….”
“Syukkkkk”
Suara Pa’in dan Shaf berpadu serentak dengan pemandangan jadi tunggang
terbalik.
Syuk
tergelak dengan mata berair. Shaf, Pa’in dan dia. Tiga-tiga hantu buku.
“Swan
ni nama apa, Shaf?” Camcorder merakam seekor swan yang berenang perlahan di
tepian tasik. Gambar bergoyang-goyang
menandakan tanah yang dipijak tidak stabil.
“Syuk!
Jangan dekat sangat dengan tasik. Licin! Bahaya!”
“Tch.”
“Syukkk”
“Fine.”
Video semakin dekat dengan Shaf dan Pa’in yang sedang melepak di atas rumput.
“Pa’in.”
“Hmmm…”
Mata Pa’in masih tak beralih dari ikan bakar yang digolek-golekkan di atas api.
“Kau
dah nak pergi jepun kan?” Pa’in kata keluarganya akan bercuti sebulan di Jepun.
Lama gila sebulan, macam nak tinggal sana terus je.
“Haah,
minggu depan.”
“Bawak
balik gunung Fuji untuk aku.”
Pa’in
mengalih pandangan ke skrin. “Kalau Fuji tu muat masuk beg, dah lama aku
bawak.” Mata dijulingkan ke atas.
Terdengar
suara Syuk mengekek. “Haih bila lagi lah kita nak jumpa lepas ni..” Syuk buat
suara syahdu. Shaf tergelak. “Gaya macam kita duduk zaman batu pulak. Ws je lah
kalau rindu.”
“Kau
tu memanjang bukak ws.” Perli Pa’in.
Bibir
Shaf tersengih. “Haha okay okay. Lepas ni korang ws je. Aku akan balas.”
Sengihan bertukar menjadi senyum segaris.
“Pa’in!!!”
Suara Syuk memecah suasana. “Ikan kau hangus!” Kamera dizoom ke ikan yang hitam
legam di tangan Pa’in.
“Ikan
aku!!!”
Syuk
menekan butang pause. Gambar Pa’in dengan mulut ternganga terpampang di skrin.
Di belakang Pa’in, Shaf seronok menggelakkan Pa’in.
Shaf..
Syuk
mengalih pandangan dari skrin tv ke iphone9 di tangan.
Shaf,
aku rindu kau..
Air
mata meluncur turun bersama taipan jari.
Single
tick. Sama seperti semalam. Sama seperti sebelum-sebelum ni.
Shaf
tipu…dia tak pernah balas ws aku. Shaf tipu…
When
you lose a friend, there’s a hole in your heart. And you’ll never become whole
again.
*********



Comments
Post a Comment