Dia yang Kupanggil "Atuk"



Hari ini aku ingin bercerita. Tentang nendaku yang kupanggil atuk. Insan yang mengajar aku tetang erti sabar, kuat dan syukur serta cara mengendarainya. Insan yang tak kalah dalam lelahnya perjuangan.

Aku ingat lg, sebelas tahun dulu. Waktu tu aku kena tulis esei pasal idola dalam keluarga. Dan aku terus pick nama atuk.

Atuk dilahirkan dalam keluarga Cina. Tp atuk dibesarkan oleh sepasang suami isteri melayu yg bertahun xdpt anak. Kononnya, atuk ada sial dan akan sakit kalau dijaga oleh ibu bapa kandungnya. Ajaibnya, dgn izin Allah lps atuk diambil oleh psgn tersebut, moyang angkatku tu hamil tak putus2. Sampai 12 anaknya😁

Hidup atuk penuh kepayahan. Ditinggalkan di rumah utk jaga adik2 yg masih kecil. Kdg kan, parents atuk pulang hujung minggu tanpa makanan. Dan atuk cerita dia terpaksa kutip tumbuhan2 yg boleh dimakan :") 

Atuk saaaangat suka memasak. Sedap, xde siapa boleh lawan! Atuk masak cepat, sometimes dalam 15 min boleh siap sampai 3-4 hidangan. Kalau balik kg, msti mcm2 kuih air tangan atuk menyambut kami. Hahaha she never fail to increase my weight. Kuaci, pulut panggang, pau, donat, karipap, tapai, kasui, kasturi, onde2, seri muka, kuih lapis, bingka, kuih bakar, bubur pulut hitam.. Macam2. Plus ais krim! Atuk, bila lg huda dapat rasa masakan atuk😢

Satu benda yg aku kagum sgt dgn atuk, dia sangat disiplin dgn masa. Aku perasan dari kecik smpai lah aku besar. Atuk akan bangun awal pagi, qiyam, solat subuh. Lepas tu, atuk akan kejut siapa yg tak bangun lagi untuk solat. Then, atuk masuk dapur buat sarapan. Walaupun ada je ahli keluarga lain yg buat, atuk still turun dapur and masak something. Pukul 7 semua wajib turun sarapan. Pukul 8 lebih atuk akan solat dhuha. Atuk tak pernah tinggal dhuha! Lps tu, atuk pergi uruskan taman pokok bunga dia. Berkebun sampai tengah hari. Atuk sayang sangat pokok-pokok dia, dh macam anak2 dia. Selalu kalau pergi rumah anak2 dia, dia akan bwk berpasu2 pokok as hadiah. Ros bunga feveret atuk. Ada mcm2 warna. Merah, putih, pink etc. Last aku balik sebelum dia meninggal, aku pimpin atuk pusing keliling tengok pokok2 bunga yg dia tanam. In contrast, I never have any interest in gardening😌. Dan atuk tahu tu. Tu first time dia bercerita psl ilmu2 jaga pokok kt aku, seolah2 nk bgtau "Huda jagakan pokok2 ni ye bila atuk dh tkde :"( 

Dalam pukul 11, atuk dah masuk balik dapur untuk masak makanan tengahari. Atuk kalau masak mmg mcm2 lauknya. Lepas makan, atuk akan solat zohor dan tidur sekejap. Lps tu, atuk bangun dan bersihkan rumah. Sambung dengan buat kuih untuk minum petang. Lps solat asar dan minum petang, atuk masak pulak makan malam. Malam atuk tidur awal, sebelum pukul 10 dah lena. Produktif kan hidup dia? Aku kalau tinggal dengan atuk kat kampung semput jugak lah nak follow jadual tu😂Padahal aku ni bertahun2 lagi muda. Selalu kalau masak dgn atuk, last2 atuk yg buat semua. Sbb atuk buat keje lajuuuu, aku belum habis potong bwg lagi dia dh buat mcm2. Mama panggil atuk "superwoman." Yup, aku setuju 100%!

Tengok atuk gelak is one of my happiest moments. Atuk kalau senyum, kalau gelak.. sangat sopan dan terlihat sgt ikhlas. Atuk sgt suka senyum. Dan buat org tersenyum. Dialah teman sembang, teman bercerita kt rumah. Spjg atuk kt hospital, semua dlm wad tu kenal atuk sbb sikap mesranya. Masa aku sakit dan kena pergi hospital, ada sorg mak cik ni tegur. Rupa2nya mak cik ni satu wad dgn atuk dulu. Dan dia tanya pasal atuk. Atuk , tengok ni semua rindu atuk :")

Balik cuti masa mid sem dua sem lps, ttiba je atuk ckp: "Huda, ajar atuk guna chopstick. Atuk ni Cina tp tk reti guna haha" 
Aku pun ajar.  "Camni tok."
Dia cuba. Jatuh. Tangannya menggigil. Jatuh lagi. Lagi. Lagi. Lagi. Berkali2. Tiap kali jatuh, kami sama2 gelak. 
"Haa tengok ni. Dapat. Hmm tk lah susah pun." Atuk tersenyum kemenangan sambil mengangkat tangannya. And sejak tu, kutip sampah, kulit pisang, plastik gula2 atas meja pun atuk guna chopstik😂Haih, atuk2. Akhirnya, ada jugak satu benda yg aku ajar atuk.

Another thing yg aku kagum, atuk hari2 konsisten and gigih cek gula n tekanan darah dia sndiri, inject insulin sendiri. (She had cancer and that cancer made her diabetic). Dh lah sehari tiga kali kena cek. Dia siap ada buku rekod yg mama simpan smpai skrg. Gigil mcm mana pun dia nk buat sndiri. Pernah je dia cucuk pstu sbb shaking, tersalah cucuk. Pstu dia gelak2 sndiri pdhl dh berdarah2 dh. Kitorang cemas, atuk terhibur. Haih😅
.

Atuk, you are so strong. Huda ingat lagi, masa tu kita tengah sembang2. Gelak2. Pastu ttiba atuk senyap. Tp atuk still senyum n layan je huda cite smpai habis then baru atuk ckp, "huda tolong ambil painkiller" pstu atuk pegang bwh dada kanan, sambil ketap bibir. Bila huda tkde n intai cmtu br nmpk muka sakit atuk. Masa huda dtg balik bwk ubat, atuk senyum je n ambil ubat tu dgn tangan shaking teruk. Huda nak tolong atuk pegang cawan, tapi atuk nak buat sendiri...

Masa atuk kena cucuk macam2 and struggle tahan sakit, mak teh nangis bila tengok. Tapi atuk boleh gelak lagi and ckp, "laaa kenapa nangis?" Atuk, mcm mana atuk still boleh senyum n gelak mcm tu? Sampai dr yg kena bgtau kami yg atuk sebenarnya tengah sakit sangat2. Tapi atuk hanya ckp, "sakit ni satu je ubatnya huda. Sabar. Bila smpai tahap sabar, itu yg akan mngubat rasa sakit tu." Sabar. Mampu tak huda jd kuat macam atuk?

Kuatnya atuk sampai dr2 request utk scan byk kali sbb diorg tk percaya atuk penghidap cancer. Yelah, lepas chemo berkali2 pun, atuk masih kuatkan diri berjalan sana sini. Walaupun badan atuk dh lemah, atuk tak pernah give up. Kdg masa jalan atuk rebah, tp still tk melunturkan semangat atuk utk bangun lagi dan lagi.

Masa dah saat2 akhir, dr datang dekat atuk n ckp dia xboleh buat apa dah. Dan dr tu ada ckp satu ayat, "Puan takut mati tak? Apa perasaan puan?" Idk but I think that particular sentence is inappropriate. Atuk diam, tunduk. Dan masa tu air mata atuk mengalir. Tapi lepas tu, atuk senyum balik. Atuk hadapi semua mcm tak ada apa2. Atuk still atuk yg dulu, petah bercerita dan senang terhibur.

And I still remember, selalunya kalau nk balik huda akan salam n cium pipi macam biasa je tp time akhir2 tu tu ttiba je atuk tarik n peluk kuat sangat mcm xnak lepas. And atuk bisik suruh doakan atuk.

Mata atuk merah. And I saw tears. I cant forget that one moment. Never.

Setiap orang ada at least seorang insan yang buat dia terinspirasi.
Dan untuk aku,
orang itu ialah Atuk💖

.

Atuk, terima kasih sbb jadi nenek buat Huda. Cepat betul atuk pergi, atuk kata nak tengok huda kahwin :") Lepas atuk takde, rasa sunyi n suram je rumah. Atuk, huda akan simpan hadiah terakhir atuk tu kemas2. Mama ckp, before atuk meninggal atuk nak huda mandikan atuk. Huda buat. Dan lps dh siap kebumi, mama ckp atuk cakap terima kasih. Dan atuk tinggalkan hadiah tu sebab sudi tunaikan permintaan atuk. Atuk, I dont need that gift. Atuk tak payah minta, memang huda akan buat untuk atuk. Untuk atuk, semua boleh :")

Moga atuk sentiasa tersenyum kat sana, sebagaimana atuk selalu tersenyum menerima ujian dariNya💕
.

Ada rindu yg tak dapat diubati, kerana ubat itu telah hilang, iaitu insan yang kamu cintai.

Rindu yg sebaik2nya ialah rindu yg terucap dalam doa kan?

Alfatihah untuk nenda tercinta, Zainab@ Kau Nyok Lan.


Comments

Post a Comment

Popular Posts