When We Fall




“Weyhhhh carry mark dah keluar.”

Satu noti masuk dalam whatsappku. Jantung automatik semakin laju mengepam darah. Namun, jemariku juga laju membuka fail pdf yang baru dikirim ke dalam group.

Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus. Masih terasa sesak. Terasa bagai kebahagiaan disentap pergi dementor yang berterbangan.

Aku rasa bagai jatuh ke dasar laut yang paling dalam. Markah paling rendah dalam batch??? Air mata menderu laju. Kecewa. Terasa ketidakadilan, kerana aku mendapat markah tertinggi dalam midterm. Hanya disebabkan satu soalan quiz, jangan kan A, B pun payah untuk digapai. Dan final full mark itu sesuatu yg hampir mustahil utk course aku.

Setiap orang pernah berdepan dgn situasi macam ni. Penyebabnya boleh jadi bermacam-macam. Exam, family, love, sport. Anything. Rasa kecewa yang amat dalam. Bukan sekali, malah berkali-kali. Itulah kehidupan.

Kehidupan dunia dipenuhi kekecewaan untuk menguji di mana dan sekuat mana pergantungan hati.

Aduhai, kalau hidup ini indah-indah sahaja, di mana letaknya nilai syurga? Syurga yang mengangkat segala rasa duka dan nestapa.  Syurga yang membuatkan para syuhada’ sanggup mati demi mendapatkannya.

Rasa kecewa semakin menebal bila kita diuji dengan perkara yang paling tinggi kita gantungkan harapan kepadanya. Dengan perkara-perkara yang kita sangka kekuatan kita. I used to think that I’m good at nothing except study. Sebab tu, aku sangat down pasal study walaupun orang lain fikir “Alaa satu subjek je kut. Rileks ah.” Tapi bagi aku ketika tu, result exam tu segalanya. Sebab itu, ujian setiap orang berbeza. Bukankah kita dijuji dengan apa yang kita cinta?

Maryam. Wanita yang sangat menjaga kesuciannya. Diuji bila beliau hamil tanpa suami, yang membuatkan orang mempersoalkan kesuciannya. Ibrahim a.s diuji dengan disuruhnya meninggalkan anak yang dinanti sekian lama di padang pasir tandus kering kerontang. Nabi Yusuf diuji dengan dibuang oleh abang-abangnya sendiri.

Pernah dengar kata-kata,

We don't need to understand why God does what He does. That's not our job nor are we authorities on Divine wisdom. We need to only focus on our response.
-Yasmin Mogahed-

When we fall, the ground feels solid. Because we hit the ground hard. But don’t you forget that from the ground... life grows?

Dalam merperjalani hidup, ujian ialah titik persimpangan.

Syed Qutb dipenjara.Tapi dia mempergunakan kehidupannya di penjara itu untuk menyentuh jiwa-jiwa dengan tulisannya.

Mark Zuckerberg gagal dalam pengajiannya. Namun, gagal itu menjadi pembakar semangat untuk dia mencuba melalui jalan baru.

Louis Braille tidaklah buta sejak lahir. Namun apabila penglihatannya hilang, kesusahan yang dirasai membuatkan tercetusnya tulisan Braille.

Helen Keller yang buta dan pekak boleh sahaja memilih untuk menghabiskan hidup dengan meratapi nasibnya. Dia boleh sahaja berdiam diri dan menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk berputus asa dengan hidup. Tapi dia memilih untuk meneruskan hidup dan belajar, sehingga kekuatan jiwanya menginspirasikan beribu-ribu jiwa yang lain.

Let’s hold hand and get up, my dear brother and sister. We can do it. I can do it. You can do it. Let’s move forward to be better.  You and me. Together.

Giving up may be an option. But you don’t deserve it.

YOU. DESERVE. BETTER.

******
“Fuh. Bismillah.”

Aku membuka mata. Skrin laptop yang memaparkan keputusan final terpampang di depan mata. B+. Bermakna markah final aku sekitar 85-90 peratus, kerana carry mark aku begitu teruk.

Dan aku memilih untuk usaha lebih daripada biasa walaupun hati aku sudah meronta untuk menyerah. Aku tukarkan segunung kekecewaan itu menjadi segunung kekuatan.

“Sokay. Sem depan ada lagi.”

Aku mengambil sticky note.
TODAY, NEW SEED IS GROWING.

Shut down.

******

Although the world is full of suffering, it is full also of the overcoming of it.
-Helen Keller-

Saya yakin setiap orang ada inside battle tersendiri dan masing2 antara kita ada rahsia dan struggle yang kita sembunyikan. Contoh saya beri tu maybe xada apa sangat. Saya doakan semua kuat. Saya kongsikan satu quote dari buku yg saya prnh baca,

"Bila beban tu terasa berat, Tuhan sebenarnya tengah akui ketabahan kita sebagai seorang manusia yang kuat."

Akhir kata, selamat berRMO :)


Comments

Popular Posts