Cerpen: End of Time — Part I
Part
I
Allahu
rabbi..Haish, budak sorang ni… Aku hambat kang… Lagi 20 minit je sebelum pukul
7. Pukul 7 nak kena pergi dewan makan untuk sarapan. Jangankan mandi, solat pun
belum minah sorang ni.
“Shaf,
bangun!!!” Suara dikuatkan tahap giga. Bantal di katilnya diambil dan dibaling
ke muka Shaf.
“Bisinglah
kau ni.” Shaf mengambil batang peluk bulat bercorak bunga yang dibaling Syuk
dan memeluknya. Pengacau antarabangsa ni datang lagi…
“Apa
aku nak buat ni?” Mata Syuk mencari-cari objek untuk dijadikan mangsa. Nak
kejutkan Shaf ni perkara kedua paling susah baginya selepas add math. Tiap-tiap
hari sama je. Tiba-tiba mata Syuk menangkap sesuatu di atas meja belajar Shaf.
Sengihan nakal muncul di bibirnya.
“Shaf…”
Syuk bergerak ke meja belajar Shaf dan mengambil objek itu. “kalau kau tak
bangun…” Objek itu dibawa ke muka Shaf yang masih memejamkan matanya. “Aku
campak Lord of The Rings dalam kolah.”
“Syuk!!!!”
Dari baring, Shaf spontan duduk. Senyum di bibir Syuk makin lebar. “Kau jangan
cari pasal.” Lord of The Rings dirampas. Dia sayang Lord of The Rings ni dah
macam nyawa dia dah.
“Bangun
pun. Cepatlah mak cik. Nak pukul 7 dah.” Syuk mengambil selimut dari katilnya
dan dilipat kemas.
“Kecoh
lah kau ni. Dah lah main kotor.” Gumamnya rendah. Selimut ditarik ke tepi. Kaki
dilunjurkan ke birai katil.
“Eh,
Shaf. Kau…” Syuk yang sedang mengemas katilnya membesarkan mata.
“Apa?”
Dengan mata yang masih tertutup, Shaf terus turun dari katil.
GEDEBUK!
“Shaf!!!”
********
“Macam
mana kaki kau boleh terpeleot sampai macam tu sekali?” Muka risau Pa’in memang
tak boleh nak cover dah. Petang itu patutnya waktu bersukan. Pa’in sudah
lengkap berseluar trek ketika dia sampai di dorm Shaf dan Syuk. Dorm Pa’in
berada di belakang. Sepanjang hari ini, dia belum berjumpa dengan Shaf dan
Syuk. Shaf dan Syuk berada di kelas al-Haytham manakala Pa’in pula berada di
kelas Al-Jazari. Kelas budak-budak pandai.
“Tanyalah
drama queen tu.” Syuk nak tergelak tapi ditahan bagai nak gila dalam hati.
Serius tak boleh lupa kejadian pagi tadi. Boleh pulak Shaf dalam mamai-mamai tu
turun dari katil double decker tu. Lupa agaknya katilnya di tingkat atas. Tak
pasal-pasal berbalut kaki.
“Syuk!!
Shut up!” Mata Shaf mencerlung. Habislah..kalau Pa’in tahu ni sampai tahun depan
tak habis dia bahan aku. Pa’in ni nampak je senyap tapi bab menyakat nombor
satu.
“Biarlah
Pa’in tahu.” Ketawa Syuk terlepas juga. Kaki diangkat dan disilakan atas tilam.
“No
no.”
“Guys…”
Pa’in menekan suara. Apa budak berdua ni sembunyikan dari aku?
“Fine.
But I want Le Cremeria.” Syuk sengih. Nak tutup mulut, mestilah kena bagi upah.
“Deal.”
“Yoghurt.”
“Okayyy.”
“Big
cup.,,” Senyuman di bibir Syuk melebar macam kena Tarik. Shaf membuat muka
menyampah. Demandnya.. “…plus grapes and apple.” Getah rambut di tangan dibawa
ke rambut dan rambut yang mengurai di bahu diikat. “Deal, ma’am?” Kalau kat
hostel ni ada jual berries, dah lama aku mintak dah. Kalau dapat pekena
Haagen-Dazs lagi sedap ni..
“Fine.
Deal.” Shaf tarik muka masam.
“Weyhh
kenapa aku sorang tak boleh tahu ni? Mana aci…” Pa’in tayang muka cemberutnya.
Shaf
dan Syuk pandang sesama sendiri. “Aci kat India la sayang..”
Serentak
suara Shaf dan Syuk bergabung.
*********
“Argh
kenapalah add math ni wujud?” Syuk mencampakkan pen di tangan. Kepalanya rasa
berasap. X, y, square root z.. Kenapa namanya math kalau subjek ni penuh dengan
huruf..
“Pa’in,
break please…” Muka Shaf di sebelah macam nak putus nyawa. Buku add math di
depannya sudah tunggang terbalik. Calculator entah menyorok celah mana.
“No,
no. Come on, tak sampai sejam pun lagi.” Pa’in menggoyang-goyangkan pensel di
tangan kiri. Matanya masih tidak beralih dari buku. Tangan kanan laju mencoret
sesuatu di kertas.
“Pa’in…”
Syuk pula bersuara sambil tayang muka kesian. Pa’in menghela nafas.
“One
more question.” Dia mengalah. Budak berdua nilah. Macam mana nak habis cover
sebelum naik sekolah ni. Jangankan pengamiran, pembezaan pun banyak lagi tak
cover. SPM dah melambai-lambai dah ni.
“Siap!”
Shaf meletakkan pen. Badan dibaringkan di atas rumput hijau yang tumbuh subur
di tepi tasik itu. Tangan diletakkan di mulut menahan kuap.
“Done!!!”
Syuk menjerit bagai menang trofi. Mujurlah rumah Shaf ni jauh dari manusia
lain. Halaman rumah pun dah hampir sebesar padang golf. Badan direbahkan di
sebelah kanan Shaf.
“Pa’in, cepatlah..”
“Ya,
ya.” Pa’in menjawab lambat-lambat. Buku ditutup. Dia bergerak ke sebelah kiri
Shaf dan baring di sebelah gadis itu.
“Shaf,
rumah kau memang always sunyi eh?” Dia bertanya. Rumah agam yang berdiri megah
berhadapan dengan tasik ini sepi bagai tidak berpenghuni. Ini bukan kali
pertama mereka menghabiskan masa lepak di rumah Shaf. Tak pernah sekali pun dia
dan Syuk melihat kelibat ibu dan ayah Shaf. Mereka berdua tahu yang ibu dan
ayah Shaf sudah bercerai tahun lepas dan ibu Shaf sudah berpindah keluar dari
rumah itu. Jadi, logiklah kalau tak nampak wanita itu. Tapi, bayang-bayang ayah
Shaf pun tak nampak.
“Haah.”
Shaf menelan air liur yang terasa berpasir. “Dulu, kecoh gila gaduh memanjang. Sekarang sunyi
kalah rumah hantu.” Dia merenung langit yang dipenuhi bintang. “Aku pun tak
tahu aku prefer yang mana.” Dia terasa matanya hangat. Punyalah papa bencikan
mama, sampai dia pun papa tak pernah kisah. Dia ada dengar ura-ura ayahnya
hendak berkahwin dengan janda. Ke dah kahwin? Entahlah, dia dah malas nak kisah.
Kalau papa dah buang dia dari hidup papa, kenapa dia perlu ambil tahu hidup
lelaki itu?
“Shaf…”
Syuk meraih tangan Shaf. “Kitorang ada.” Tangan Shaf digenggam. Erat.
Sahabatnya itu kaya dengan segala kemewahan dunia, tapi miskin dengan ‘harta’
yang paling berharga. Kasih sayang.
“Shaf,
know that I would take a bullet for you.” Pa’in bersuara serak. Tangan kanan
Shaf digenggam. “Nope. A grenade pun aku sanggup.” Matanya dipejam rapat.
“Aku
tahu.” Suara Shaf berbisik perlahan. “Koranglah satu-satunya family aku. Korang
je yang aku sayang kat dunia ni. I would rather die than losing you guys..”
Bibirnya membentuk senyuman. Tuhan je yang tahu betapa bersyukurnya dia sebab
ada kawan seperti Syuk dan Pa’in.
"Shaf..."
“When
things are right..” Pa’in tiba-tiba menyanyi perlahan.
“That
you just know..” Syuk menyambung.
“There
is something in your eyes that brings me home.” Shaf pula menyambut.
“Cause
when there’s love, you don’t let go” Pa’in lagi.
“So
as long as you’re with me, you’re not alone, you’ll never be.” Pa’in, Shaf dan
Syuk berpandangan sama sendiri.
“I wanna tell you what I'm feeling
Really mean it
I wanna shout it from the rooftops to the
sky
'Cause if you ever need a friend
You know I'll be it
From tonight until we see the end of
time”
Serentak. Kemudian, masing-masing
terdiam. End Of Time. Alan Walker, Ahriz dan K-391. Nostagia.
“Aku
sebenarnya nak pecahkan je tau ipod kau.” Pa’in bersuara tiba-tiba. Terkenang
saat pertama kali mereka bertemu.
“Yelah
tu.” Shaf buat muka. “Nerd.”
“Oklah
tu dari jadi penjenayah.” Shaf ketawa mendengar balasan Pa’in. Rasa macam tak
percaya budak pandai dan lurus macam Pa’in boleh lekat dengan dia dan Syuk. Dia
kenal Syuk dari form 1 lagi. Syuk kawan sebelah meja dari form 1 sampailah
sekarang. Panjang jodoh sampai form 4 pun dapat masuk sekolah yang sama. Di
sekolah tu, mereka bertemu Pa’in. Semua gara-gara Shaf yang bawak ipod tapi tak
reti cover. Boleh dia tinggal ipod di dewan makan. Shaf pula ada satu sikap,
walaupun dia kaya, dia jenis treasure harta dia. Lord of the Rings yang dah
terkoyak-koyak tu pun dia jaga macam jaga nyawa. Ipod yang dia mampu beli,
jangankan satu, sepuluh pun boleh, tetap dia cari sampai keliling sekolah.
“Kau
suka End of Time?” Soalan pertama Pa’in apabila Shaf menagih semula ipod yang
dijumpainya. Kedengaran suara Alan Walker menjerit-jerit dari earphone yang
dipasang dengan volume kuat.
“Fav.”
“Same
here.” Pa’in mengeluarkan ipod dari poket baju dan menghulurkannya pada Shaf.
“Kenapa
masa tu kau pulangkan kat aku?” Shaf menyoal. Teringat betapa tercengangnya dia
apabila Pa’in menghulurkan ipod itu.
Pa’in
menghirup nafas dalam-dalam. “Who knows…” Dia sendiri tak tahu jawapannya.
Mungkin sebab dia tersentuh apabila Shaf sanggup merayu untuk ipod tu. Walaupun
dia tak sekelas dengan Shaf, dia kenal Shaf. Siapa tak kenal, anak kepada salah
seorang jutawan terkaya di Malaysia. Tapi dia tak sangka Shaf yang dianggap
sombong, pampered child, anak orang kaya tu ternyata jauh daripada sangkaannya.
Selama ini, dia sangka yang orang kaya ni suka buang harta. Ternyata, Shaf
berbeza.
“Aku
nak masuk kejap. Nak buat coffee.” Syuk bangun dari baringnya. Belakang badan
yang dipenuhi rumput dikibas-kibas. Serentak, bibir Shaf dan Pa’in menggaris
senyuman. Kopi buatan Syuk serius the best in the world. Mana taknya, ayah syuk
pemilik beberapa cawangan kedai kopi premium yang terkenal di Malaysia. Ke mana
tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
“Ya,
tahu-tahu.” Syuk tergelak kecil melihat mata Shaf dan Pa’in yang dah bersinar-sinar.
“Espresso
Romance. Iced.” Pa’in’s favourite.
“Caramel
Cappuccino. Extra caramel.” Shaf’s.
“Siap!”
**********
“Apa
kes pergi program tapi kena siapkan assignment berlambak ni?” Syuk merungut.
Ipod yang menjerit-jerit menyanyikan lagu End of Time dimatikan. Serabut.
Dia
merenung kertas soalan di atas meja seperti hendak tembus. Dia ingat ambil degree in accounting ni tak jumpa lah pengamiran pembezaan bagai ni lagi. Silap besar la…
“Dulu,
Pa’in yang selalu ajar benda-benda ni.” Syuk tanpa sedar menggumam. Senyum
pahit terukir di bibir.
“Dah
lah, aku give up.” Tudung yang tergantung di penyangkut dicapai. Tadi penganjur
program bagi supper awal sangat. Baru pukul 1, perutnya sudah meronta-ronta
minta diisi. Agaknya café hotel bukak lagi tak? Apalah Syuk, mestilah dah
tutup. Tangannya bergerak mencari kunci Honda Civic Type-R nya. Kena keluar la
ni…
*********
“Ramai
rupanya manusia yang tak tidur lagi.” Syuk mengomel sendirian. Mata ditala ke
ruang lobi hotel yang luas. Mencari kut kut ada muka yang dikenalinya.
Takkanlah daripada 20 orang student UM tak ada seorang pun yang masih berjaga.
Mana tahu boleh ajak join makan. Haha lonely sangat aku ni…
“Allah!”
Aduii.. Aku terlanggar siapa ni..
“Sorry…”
Satu suara lembut menyentuh cuping telinga. Syuk memandang bekas cawan yang
tergolek di lantai. Matanya membulat. Skechers putih di kaki telah bertukar
menjadi warna coklat dicat air kola. Skirt labuh hijau pastel sudah bermotif
corak peta dunia.
“Sokay,
it’s not your fault.” Yelah, aku yang langgar dia. Bukan salah dia pun. Syuk
tunduk dan mengutip cawan yang bergolek di atas lantai. Dengan tangan kanan
memegang cawan dan tangan kiri memegang hujung straw, dia bangun sambil menoleh
ke belakang.
Syuk
terpempan tatkala matanya bertemu dengan mata bundar milik tuan badan yang dia
langgar.
Pa’in…
**********
Syuk
mehempaskan badan ke katil. Tanpa menanggalkan tudung, dia mengambil iPhone9 di
atas meja. Tangannya laju membuka whatsapp dan mencari satu nama.
Shaf.
Nafas ditarik panjang.
Shafffffff
Aku
jumpa Pa’in!!!!
Laju
tangannya menaip. Rasa hatinya bercampur baur. Gembira. Sedih. Kecewa. Marah?
Entahlah. Tanpa menunggu balasan, jari Syuk terus berlari di atas skrin iPhone9
nya.
Kau
mesti nak jumpa dia kan?
Tangan
Syuk tiba-tiba berhenti menaip. Patut ke aku beritahu Shaf pasal tadi?
“Pa’in!”
“Syuk..”
Jelas muka Pa’in terkejut. Sejak peristiwa itu, dia tidak pernah terserempak
lagi dengan Syuk dan Shaf. Maksudnya empat tahun sudah berlalu. Kenapa dia
boleh terjumpa Syuk kat sini?
“Pa’in.” Syuk menelan air liur. “Kau…sihat?” Ikutkan hati, ingin sahaja dia memeluk gadis di hadapannya itu. Dia rindukan Pa’in. Sangat.
Pa’in
menarik nafas dalam-dalam. “Syuk, let’s pretend we never know each other.” Pa’in
bersuara lambat-lambat.. “Just.Ignore.Me.” Wajahnya kosong.
“Pa’in, sampai bila kau nak lari dari masa lalu?
Aku dan Shaf…”Tekak Syuk terasa perit. “..kitorang..”
“I’m
sorry.” Pa’in memotong bicara Syuk. “Semuanya salah aku. I’m so sorry.” Suara Pa’in
bergetar. “You guys have suffered enough.”Bibirnya menggaris senyuman hambar.
Dan
tanpa menoleh lagi, Pa’in mengatur langkah pergi dari situ.
Apa aku patut buat…Syuk melepas nafas. Matanya terasa hangat. IPhone9 terus dicampak ke tepi. Badan digolekkan ke posisi meniarap. Muka ditekup ke bantal.
Seperti
malam-malam sebelumnya, air mata menjadi penemannya malam itu.
************
This is actually a cerpen but quite long so I cut it into three parts. I wrote it two weeks ago during Ramadhan. If you would like to read the rest, let me know so that I would consider posting them. May it benefits us all. Thanks for reading :) And also, Selamat Hari Raya to my readers!



Keep it up!
ReplyDeletenak lagi ,selamat hari raya !!
Delete
DeleteJazzkillahu/jazakallahu khair for your support!